Nyanyian Tanjung Sepi-entah apalah yang menarik sangat tentang novel setebal kamus oxford ini. sewaktu menggenggamnya tempoh hari, aku rasa begitu teruja. Hasrat ingin membaca sebuah karya yang bermutu…tetapi baru beberapa halaman kutelusuri,bertandang jemu menggamit rasa. Akhirnya, naskhah itu terbungkam sepi di penjuru dinding. Mungkin esok-esok aku akan cuba menjamahnya kembali, itu pun kalau masih ada rasa….
Dan akhirnya, dua minggu selepas itu… Kaksu , aku tidur hampir jam 5 pagi hanya semata-mata kerana melayani Nyanyian Tanjung Sepimu …dalam cerita ada duka, dalam duka ada seloka, dalam seloka ada lagu, dalam lagu ada senyum, dalam senyum ada sendu, dalam sendu ada rasa dan rasa itu kuuliti hingga kini. Terima kasih, Kaksu kerana cerita yang amat mengesankan…
Salam Azihan,
ReplyDeleteMujurlah tak sempat hantar buat kertas 'recyle' :D ahaks.
Terima kasih kerana sudi 'menyanyi' lagu Nyanyian Tanjung Sepi bersama kaksu.
Nyanyian yang amat menusuk di kalbu dan masih membara hingga kini....
ReplyDelete