Sebuah wajah
Yang kuimpikan,
Dalam dakapan mesra,
Penuh erti,
Sambil bertanya diri……
Punya kemahuan suci.
Suara percikan tangismu kudengari,
Kerana serangan ombak,
Lalu angin sunyi meniup,
Dalam perhitungan tanpa suara.
Kan kulebarkan pelukanmu,
Berseri wajah di perantauan salju,
Menuju kegemilangan fajar,
Mengisi hati yang terguris.
Kubawakan keindahan yang selalu,
Kau impikan,
Kesayangan yang payah,
Muncul jua akhirnya.
No comments:
Post a Comment